MIC dakwa pelan KL ‘aneh’

MALAYSIAKINI – Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mempertikaikan kesahihan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur kerana mencatatkan penduduk India di ibu negara hanya berjumlah kira-kira 160,000 orang.

“Pelannya antara lain mencatat bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mempunyai kira-kira 160,000 masyarakat kaum India.

“Saya dapati ini agak aneh. Kami mempunyai kira-kira 80,000 pengundi berdaftar kaum India di Kuala Lumpur,” bekas menteri kerja raya dipetik sebagai berkata dalam satu laporan Bernama hari ini.

“Sekiranya satu keluarga mempunyai dua orang anak dan sekiranya kita darab dengan empat (termasuk dua ibu bapa), angkanya akan mencatat terdapat sebanyak 320,000 masyarakat India.

“Macam mana pula dengan masyarakat India yang tidak mendaftar sebagai pengundi?

Beliau mencadangkan draf tersebut diperbaiki sebelum ia dijadikan satu dasar kerajaan, lapor agensi berita itu lagi.

Beliau berkata demikian selepas taklimat draf tersebut oleh konsultan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu pejabat MIC semalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: