Wanita: Rafidah umum undur 2009

MALAYSIAKINI – kemaskini 4:15pm Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita Umno pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun beliau juga akan terus mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti pada Disember ini.

“Saya tidak mahu meninggalkan Wanita dalam keadaan berpecah dan mengkucar-kacirkan parti,” katanya.

Bercakap di majlis ‘Wanita Bersama Pemimpin’ di Kuala Lumpur pagi ini, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin Wanita bahagian agar percaya pada janjinya untuk meletakkan jawatan itu.

Majlis di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra itu dirasmikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

wanita umno pak lah meet rafidah shahrizat event  040808 05Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu menamakan timbalannya Datuk Shahrizat Abdul Jalil sebagai pengganti.

“Saya akan mencecah 65 tahun tidak lama lagi dan saya bercadang supaya Wanita diketuai oleh pemimpin yang lebih muda dan keputusan ini saya buat sejak seminggu lalu.

“Saya sangat sayang kepada parti, saya tidak pandai (berlagak) senyum diberi, keris dihulur, senyum dilempar, batu dibaling.

“Jadi pada pertengahan 2009, ambillah jawatan ini (ketua Wanita Umno),” katanya.

Rafidah, yang tidak dilantik semula sebagai anggota kabinet selepas pilihanraya umum lalu berkata, beliau mempunyai dua pilihan iaitu pertama tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan Disember ini dan kedua tiada pertandingan untuk jawatan ketua dan naib ketua Wanita.

Pilihan pertama, katanya, akan menyebabkan saingan sengit untuk jawatan ketua dan naib ketua kerana ada orang hendak bertanding jawatan itu.

“Akan ada puak-puak, pergaduhan dan fitnah. Saya beritahu mereka bahawa untuk merapatkan perpaduan ahli selepas pemilihan sangat sukar.

“Dan saya membuat pilihan kedua iaitu jawatan ketua dan naib ketua tidak ditandingi, dengan saya menyerahkan jawatan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun depan.

“Saya meminta ahli-ahli Wanita menerima pilihan saya yang kedua itu,” katanya lagi.

Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Rafidah berkata, beliau menyerahkan jawatan itu lebih awal untuk membolehkan Shahrizat mempunyai masa untuk mengambilalih jawatan itu.

Katanya, beliau telah membangkitkan keputusannya itu dalam mesyuarat exco Wanita.

“Ini keputusan saya sendiri dan bukannya kerana ada tekanan dari mana-mana pihak,” katanya lagi.

Sementara itu, Abdullah dalam sidang akhbarnya berkata, beliau sempat bercakap dengan Shahrizat dan telah mendapat kepastiannya mengenai perkara itu.

wanita umno pak lah meet rafidah shahrizat event  040808 02Katanya, Shahrizat memberitahunya bahawa beliau menghormati keputusan Rafidah itu.

“Saya lega, kehendak Wanita biar Wanita tentukan apa yang terbaik untuk elak pertandingan.

“Yang penting Wanita tidak boleh melemahkan parti. Wanita, nampaknya penyokong penting kepada Umno dan BN,” katanya.

Shahrizat yang ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada Rafidah atas keputusan menyerahkan jawatan penting.

Katanya, perdana menteri telah menasihatkan beliau supaya menerima tawaran perpaduan dan kesinambungan dalam Wanita itu.

“Suara akar umbi Wanita akan menerima nasihat itu demi perpaduan parti. Saya menghormati tradisi dan kita menerima cakap bos iaitu perdana menteri dan ketua Wanita.

“Saya tidak akan mengingkari nasihat perdana menteri untuk menentang Rafidah,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: