BPR sahkan terima laporan rasuah dalam pemilihan cawangan dan bahagian Umno

mSTAR – PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mengesahkan ada menerima beberapa laporan berhubung kes rasuah dalam pemilihan cawangan dan bahagian Umno.

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata BPR sedang melakukan siasatan terhadap laporan itu.

“Kita ada terima laporan …tapi tak banyaklah, sejumlah kecil saja. Kita sedang mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan calon Ketua Umno Bahagian Seremban Mohd Nor Awang oleh BPR kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang anggota Umno untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Ahmad Said menjelaskan definisi rasuah tidak berdasarkan kepada jumlahnya, asalkan ia dapat mempengaruhi keputusan pemilihan.

Beliau juga berkata setiap aduan kepada BPR perlu disertakan dengan bukti dan fakta.

“Berikan kepada kami fakta yang benar dan kami akan ambil tindakan,” katanya.
Ahmad Said  berkata BPR mendapat kerjasama yang baik daripada orang ramai dalam usaha membanteras rasuah.

“Anda dapat lihat sekarang ini kita menerima maklumat yang betul dan bernas daripada orang ramai dan ini menunjukkan satu perubahan baru…kita harap sokongan ini berterusan untuk sama-sama menentukan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.
BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: