SAIFUL BUKA CERITA BARU….

AGENDA DAILY – Sekalipun siapa tidak tahu dimana dia berada sekarang,Saiful Bukhari Azlan masih dapat berkomunikasi dengan dunia luar menerusi laman blog.

Apa yang menarik dia sudah buka sikit cerita.

Dalam tulisan terbaru di laman blognya : http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/om,bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kata empat kali dia mengiringi Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu ke luar negara iaitu Hong Kong – awal Mei 2008,Bangkok – hujung Mei 2008, Singapura – 16 dan 18 Jun 2008.

Untuk rekod,Anwar semasa diminta mengulas mengenai Saiful mengambarkan dia hanya pekerja sukarelawan tidak bergaji tetap dan seseorang yang ‘ agak jauh ‘ darinya.

Dalam tulisannya Saiful berkata butir-butir lain akan dibongkar di mahkamah nanti.

Saiful menegaskan dia nak tuntut keadilan.

Menurutnya memandang polis telah selesai jalankan siasatan maka dalam masa terdekat dia nak angkat sumpah.

SAIFUL JUGA UCAP SELAMAT BERTANDING PADA ANWAR pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Berikut ialah tulisan penuh Saiful:

Tugas-tugas seorang BEKAS “Coffee Boy” kepada DSAI

Assalammulaikum dan salam sejahtera,

Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang “Coffee Boy”:

1) Membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff menguruskan jadual DSAI.

2) Mengatur pertemuan sulit. (e.g ahli parlimen yang hendak lompat parti , mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik EN HASSANUDIN yang juga seorang ahli/ketua cawangan Parti PAS )

3) Mengiringi DSAI ke :

a) Hong Kong- Awal Mei 2008

b) Bangkok – Hujung Mei 2008

c) Singapore- 16 dan 18 Jun 2008

4) Selanjutnya saya akan BONGKAR di mahkamah nanti. Diharap bersabar.

Terpulang kepada anda untuk mempercayai atau tidak. Atau cuba minta DSAI jelaskan sendiri samaada benar atau tidak.

Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding.

Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan SUMPAH dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai.

Saya berdoa agar pihak Pejabat Peguam Negara dapat mengambil kes ini kerana saya mahu mendapatkan KEADILAN.

SAIFUL BUKHARI

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: