‘Kempen’ Ezam di Permatang Pauh bermula, dedah Anwar jika diaib

mSTAR – BUKIT MERTAJAM: Sementara tinggal tiga hari lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh pilihan raya, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor menegaskan, akan bersumpah secara Islam bagi mempertahankan maruahnya atas tuduhan beliau tidak berprinsip kerana keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

Bagaimanapun, beliau hanya akan bersumpah sekiranya tuduhan itu dinyatakan sendiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya mengambil sikap hanya akan melayan kenyataan dari Anwar dan Wan Azizah sahaja, sehingga hari ini saya masih menunggu reaksi mereka.

“Saya tetap akan pertahankan maruah saya dan akan bersumpah secara Islam untuk menunjukkan kebenaran,” kata beliau dipetik Bernama selepas menyampaikan ceramah umum pada Perhimpunan Penyatuan Melayu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan desas-desus mengatakan bahawa beliau akan dicalonkan untuk menentang Anwar pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, katanya:
“Tercalon atau tidak, saya tetap berada di barisan hadapan dan bersamasama berjuang.”

“Saya hanya menyatakan kesediaan sahaja dan akhirnya keputusan tetap dibuat oleh pucuk pimpinan parti,” katanya sambil menegaskan, setakat ini beliau tidak menerima sebarang panggilan mengenai pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh penyandangnya yang juga Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta pada 31 Julai lepas.

Terdahulu dalam ceramahnya, Mohamad Ezam sekali lagi menegaskan, akan membuat pendedahan siapa Anwar sebenarnya kepada masyarakat umum sekiranya bekas timbalan perdana menteri itu sanggup mengaibkannya.

“Hanya saya tahu apa yang Anwar tahu dan Anwar tahu apa yang saya tahu. Saya masih lagi berpegang kepada prinsip untuk tidak mengaibkan orang,” katanya.

Mohamad Ezam juga berkata, tindakan yang dilakukan oleh Anwar merupakan ancaman politik paling besar bagi Malaysia dan hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sahaja.

“Tindakan itu juga semata-mata untuk pertahankan parti yang jelas mengidolakan pemimpin mereka lebih daripada perjuangan terhadap bangsa dan negara,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, bekas timbalan perdana menteri itu telah memperkenalkan ‘skim kontraktor wibawa’ iaitu satu dasar untuk membantu kontraktor bumiputera.

“Malangnya dasar itu hanya untuk yang berkroni kepadanya, setiap syarikat akan menerima kontrak tanpa rundingan, yang jauh berbeza seperti yang diperjuangkannya kini iaitu open tender (tender terbuka),” dakwanya.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada ceramah umum itu.

Advertisements

1 Komen

  1. DEEN said,

    5 Ogos 2008 pada 2:43 am

    PADA SEMUA RAKYAT DI PARLIMEN PERMATANG PAUH… TERUSKAN PERJUANG ANDA UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN…… REFORMASI REFORMASI REFORMASI

    ANWAR TETAP PEJUANG BANGSA!!!

    SALAM REFORMASI.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: