Catatan Ketua Wanita: Presiden Ibarat Ibu Kartini

SUARA KEADILAN – Dato’ Seri Wan Azizah ibarat Ibu Kartini di Indonesia. Dari zaman antara 30 hingga 40 an. Ibu kartini membuka jalan untuk kaum-kaum wanita khususunya ibu-ibu untuk memartabatkan serta meningkatkan taraf kaum wanita.

Dato’ Seri Wan Azizah yang berjuang hampir 10 tahun merupakan contoh serta teladan bagi kita. Perjuangan beliau yang tidak berbelah bahagi di dalam mempertabatkan serta memperjuangkan hak wanita  dari dulu hingga kini.

Dari penubuhan Parti keADILan yang tidak di kenali sehinggalah hari ini yang menjadi bualan di dunia. Inilah hasil perjuangannya. Beliau yang merupakan seorang doktor mata yang lemah namun berjuang untuk mendapatkan keADILan bagi seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran.

Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala –nyala antara melayu, Cina dan India atas sebab itulah beliau berjuang dan sanggup menghadapi saat-saat getir dalam perjuangan.

Beliau yang memegang kerusi keADILan ternyata menjalankan amanah dengan sebaik yang mungkin. Dengan kejayaan yang di perolehi serta pencapaian yang dikecapi ternyata beliau merupakan wanita yang tidak boleh di tandingi.

Beliau merupakan ketua pembangkang pertama yang terdiri dari wanita. Inilah kejayaan yang paling membanggakan kita sebagai kaum wanita.  Inilah perubahan senario politik yang beliau lakukan.

Dengan kejayaan kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal berturut-turut dengan majoriti  13,388 ribu undi pada PRU-12 ternyata kepercayaan yang diberikan oleh penduduk Permatang Pauh tidak berbelah bahagi sehinggakan ada yang menangis sewaktu beliau ingin mengudurkan diri untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri bertanding di pilihan raya kecil tidak berapa lama lagi.

Inilah pengorbanan seorang pemimipin kepada bakal pemimpin untuk merubah kerajaan yang adil dan bersih.

Kami dari wanita keADILan mengucapkan setinggi-tinggi kalung penghargaan di atas pencapain yang dikecapi.

Terasa sedih di hati,  di kenang kembali saat bersama dengan senyum dan tawanya serta keramahan beliau sewaktu di Parlimen sudah tidak kelihatan lagi. Namun kami sedar ini merupakan pengorbanan seorang pejuang untuk rakyat Malaysia.

Walau apa kemungkinan yang akan berlaku kami akan terus berada di belakang Dato’ Seri Wan Azizah. Kami berbangga di atas segala pengorbanan Dato’ Seri Wan Azizah dari zaman kegelapan 1998 sehingga zaman kegemilangan 2008.

Di harap pengorbanan  yang di lakukan beliau dengan memberi laluan kepada bakal Perdana Menteri negara ini, banyak lagi perubahan serta kerjayaan dan laluan bagi kaum wanita khususnya dalam memperjuangkan hak serta kepentingan wanita.

Puan Hajah Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita keADILan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: