PKR: Biarkan Ezam cabar Anwar

MALAYSIAKINI – PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.

“Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak,” kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.

Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.

Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 06Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.

Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:

“Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan.”

Advertisements

2 Komen

  1. mamai said,

    2 Ogos 2008 pada 10:28 pm

    kaw orang ni padan kena kencing kat brother wakil yahudi tu je ( Nuar ). Sedarlah negara kita ni dah hampit dijajahnya. Oleh itu marilah bersatu seperti dulu>

  2. razak said,

    3 Ogos 2008 pada 9:23 pm

    dah 50 tahun kita diterap idealogi komunis,sekarang cuba rasa idealogi yahudi pula…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: