Nasharuddin jelas isu liwat Anwar

MALAYSIAKINI – Timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa telah menjelaskan kontroversi pandangannya mengenai dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis mesyuarat majlis syura dan jawatankuasa kerja hari ini.

Menurut ketua Pemuda PAS, yang hadir di mesyuarat tersebut, ahli parlimen Bachok itu tidak bermaksud seperti yang dilaporkan di media.

“Apa yang beliau maksudkan ialah supaya persepsi yang Anwar telah bersalah dapat diperbetulkan,” kata Salahuddin Ayub yang ditemui selepas pertemuan peringkat tertinggi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Ahad lalu Nasharuddin dilaporkan berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

Kenyataan Nasharuddin itu telah menimbulkan rasa kurang senang pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Kenapa Nasharuddin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (Nasharuddin adalah timbalan presiden).

“Kenyataan Nasharuddin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar yang sedang bergelut berdepan dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat,” kata Karpal yang juga ahli parlimen Jelutong.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut dihadiri oleh mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan.

Isu utama, kata Salahuddin yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah muktamar parti di Ipoh dari 13 hingga 17 Ogos.

Sementara itu, ahli parlimen Kubang Kerian itu berkata, Pemuda PAS akan membantu Anwar dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh nanti.

“Pemuda akan menggerakkan jentera pilihanraya sebaik sahaja tarikh pilihanraya kecil kawasan itu diumumkan,” katanya.

Salahuddin berkata, dalam muktamar nanti, beliau akan menekankan kepada anjakan minda Pemuda kerana PAS bukan lagi parti pembangkang semata-mata tetapi juga sudah menjadi pemerintah.

Ini kerana, katanya, PAS telah menjadi kerajaan menunggu dan minda Pemuda PAS perlu berfikiran ke arah itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: