Tawaran Tajol ‘terlampau pantas’

MALAYSIAKINI – Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan tawaran bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kepada PAS untuk menyertai Umno membentuk kerajaan negeri Perak, adalah satu “perkembangan yang terlampau pantas”.

muhammad mohd taib mat taibSeeloknya, kata beliau, perkara tersebut diserahkan kepada pemimpin tertinggi kedua-dua parti kerana kebijaksanaan untuk membuat keputusan terletak pada mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Keda di Alor Star hari ini, Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata beliau bimbang matlamat asal kedua-dua parti itu untuk berusaha ke arah perpaduan akan terjejas sekiranya semua pihak memberi pandangan.

“Soal politik dan buat kerajaan ni harus diketepikan dulu. Kita perlu pergi kepada perkara pokok iaitu untuk menyatupadukan ummah,” katanya dalam laporan Bernama.

tajol rosli ghazaliBaru-baru ini, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, mencadangkan agar PAS menyertai Umno untuk membentuk kerajaan di  negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Malah, katanya, Umno sanggup memberikan jawatan menteri besar kepada wakil PAS.

ali rustamSemalam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tawaran itu melibatkan perkara yang besar bagi parti dan seharusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi untuk dibincangkan.

Mengenai muqabalah antara Umno dan PAS demi menjaga kepentingan Islam dan perpaduan, Muhammad berkata sebarang perbincangan berkaitan perkara itu tidak  perlu dihebahkan kerana ia akan mengundang campur tangan banyak pihak.

“Serahkan sahaja kepada pemimpin tentang apa sebenarnya yang patut digarap dan dibincangkan secara aman,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: