Othman Desa tanding ketua Umno Sik

MALAYSIAKINI – Datuk Othman Desa, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tewas dalam pilihanraya umum lalu bagi kerusi Parlimen Sik, kali ini mahu bertanding pula jawatan ketua Umno bahagian berkenaan.

Katanya, tujuan  beliau bertanding merebut jawatan tersebut adalah bagi membolehkannya berkhidmat kepada penduduk kawasan itu menerusi Umno setelah tewas dalam pilihanraya lalu.

Othman berkata, memandangkan kawasan tersebut menjadi kubu pembangkang, maka Umno memerlukan kepimpinan seorang yang mempunyai hubungan di peringkat nasional.

Dalam pilihanraya umum lalu, Othman kalah tipis kepada calon PAS, Che Uda Che Nik. Othman mendapat 16,383  undi manakala Che Uda memperolehi 16,864 undi.

“Saya mempunyai pengalaman berkhidmat di bawah Perdana Menteri dan akan
menggunakan hubungan baik dengan semua agensi kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat Sik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Othman berkata, setelah tewas dalam pilihan raya umum  lalu, beliau kini memilih untuk menerajui Umno supaya hasratnya membantu penduduk Sik akan
tercapai.

Penyandang jawatan tersebut, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Abdul  Hamid Osman,  telah mengumumkan berundur dari politik  baru-baru ini.

Othman berkata majoriti rakyat Sik adalah golongan miskin dan memerlukan pembelaan kerajaan persekutuan, dan sebagai seorang yang  berpengalaman bekerja di peringkat pusat, beliau akan membantu rakyat di kawasan itu menerusi Umno.

Bahagian Sik mempunyai 130 cawangan, dan setakat ini Othman memperoleh 10 pencalonan daripada 37 cawangan yang telah bersidang.

“Saya yakin anggota Umno Bahagian Sik telah matang untuk  memilih pemimpin mereka bagi menggantikan Tan Sri Hamid Osman dan saya telah mula berkhidmat untuk rakyat Sik sejak bekerja di bawah Tan Sri lagi,” katanya.

Yang turut menyatakan hasrat bertanding jawatan itu ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Sik, Tajuddin Abdullah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Belantek.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: