50 bincang isu rundingan PAS-Umno

MALAYSIAKINI – Hampir 50 pemimpin atasan PAS bertemu hari ini bagi membincangkan dialog parti itu dengan Umno yang kini menjadi isu hangat sejak beberapa minggu – perbincangan khas pertama seumpama itu sejak pengakuan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu – jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama – dijangka memakan masa beberapa jam.

Pertemuan yang bermula jam 10 pagi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur dijangka panas susulan beberapa cadangan kontroversi daripada mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan dan Umno menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, semalam berkata tawaran Umno untuk membentuk kerajaan campuran di Perak akan turut dibincangkan hari ini.

Ia juga dijangka akan membangkitkan gesaan ketua penerangan PAS Mahfuz Omar, dalam surat permohonan maafnya awal minggu ini, agar pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam rundingan sulit dengan Umno berterus-terang dan tidak memberikan maklumat mengelirukan.

Isu perkongsian kuasa dua parti itu seperti didedahkan oleh perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan turut berbangkit.

Kehangatan perbincangan isu ini mendorong kira-kira 50 wartawan dan jurugambar berkumpul di lobi bangunan di Jalan Raja Laut, bersedia untuk menunggu keputusan terbaru PAS.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: