Pusrawi: Saiful tidak diperiksa kes liwat

MALAYSIAKINI – Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid “tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat”.

“Dr Mohamed Osman pegawai perubatan Hospital Pusrawi tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi,” kenyataan hospital itu dipetik

Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin.

Ia juga menyatakan Dr Mohamed Osman juga bukan seorang doktor pakar, tetapi seorang pegawai perubatan di klinik kemalangan dan kecemasan Hospital Pusrawi.

“Dr Mohamed Osman telah menasihatkan pesakit itu Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan,” kata hospital itu.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi.”

Hospital swasta di Jalan Tun Razak itu juga mengadakan sidang media berhubung kontroversi kebocoran laporan pemeriksaan tersebut – yang dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “bukti” dakwaan terhadapnya “tiada asas” dan “bermotifkan politik.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: