Politik wang: ahli Pengerang, Kota Tinggi dipanggil

MALAYSIAKINI – Beberapa pemimpin dan ahli cawangan Umno dari bahagian Pengerang dan Kota Tinggi diminta memberi keterangan berhubung dakwaan politik wang kepada anggota Jawatankuasa Disiplin Ibu Pejabat Umno, esok.

Setiausaha Umno bahagian Kota Tinggi, Rosleli Jahari dan Setiausaha Umno bahagian Pengerang, Nizam Ali mengesahkan perkara tersebut, dan kesemua yang dipanggil oleh jawatankuasa itu diminta berada di sebuah hotel tempatan jam 10 pagi.

“Saya dimaklumkan sehingga lapan ahli cawangan di Umno bahagian Kota Tinggi termasuk saksi-saksi, telah diminta oleh Jawatankuasa Disiplin Umno untuk memberikan keterangan pagi esok,” kata Rosleli kepada Bernama hari ini.

Nizam pula berkata, beliau difahamkan seorang pemangku ketua cawangan Umno bahagian Pengerang akan memberi keterangan kepada anggota Jawatankuasa Disiplin itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Mohd Ali Hassan yang dihubungi Bernama berhubung kehadiran anggota Jawatankuasa Disiplin Umno di Johor Bahru pula mengatakan, setakat ini beliau tiada maklumat berhubung dakwaan itu.

“Ini mungkin kerana pengadu berurusan secara terus dengan Jawatankuasa Disiplin Umno dan tidak menerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan politik wang ketika mesyuarat peringkat cawangan sedang berlangsung.

Dakwaan politik wang

harun abdullahSementara itu, Nizam terkejut dengan dakwaan Ketua Umno Bahagian itu Datuk Harun Abdullah (foto) bahawa politik wang digunakan untuk menggagalkan usahanya bagi mempertahankan jawatan ketua bahagiannya.

“Saya amat terperanjat dengan dakwaan (politik wang) tersebut. Saya telah menjelajah seluruh Pengerang untuk memantau perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan dan saya tidak menemui bukti tentang berlakunya gejala tersebut.”

Semalam, Harun dilaporkan oleh Malaysiakini mendakwa, gejala politik wang yang berlaku di Umno bahagian Pengerang merupakan punca di sebalik kekurangan pencalonan yang diterimanya dari cawangan-cawangan.

Sehingga Ahad lalu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)  kawasan Tanjung Surat hanya memperolehi tiga pencalonan selepas 25 cawangan selesai bersidang.

azalina othman 02Pencabarnya, Menteri Pelancongan dan Anggota Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pula setakat ini telah memperolehi 22 pencalonan daripada cawangan-cawangan bahagian untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian.

Harun memerlukan 20 peratus pencalonan daripada sejumlah 33 cawangan Umno bahagian Pengerang untuk bertanding mempertahankan jawatannya.

Syed Hamid ketinggalan

Manakala di Kota Tinggi pula, 10 daripada 13 cawangan Umno di bahagian Kota Tinggi yang selesai mengadakan mesyuarat minggu lalu, dilaporkan mencalonkan ahli perniagaan Daing A Malik Daing Abdul Rahman bagi jawatan ketua bahagian.

syed hamid albar 02 Daing A Malik pula mendapat pencalonan daripada cawangan Gembut Luar, Bandar, Pasak, Bukit Samsu, Batu Satu, Sungai Gembut, Tunjuk Laut, Tembioh dan Perani, meninggalkan penyandang, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dengan kelebihan tujuh pencalonan.

Syed Hamid hanya mendapat tiga pencalonan iaitu dari cawangan Belukar Durian, Pasir Panjang dan Tuan Seh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: