BPR teliti dokumen beli peralatan PDRM

MALAYSIAKINI – Segala dokumen berkaitan pembelian pelbagai peralatan tertentu oleh Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak awal tahun ini sedang diteliti oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), kata Timbalan Ketua Pengarah BPR Datuk Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang unsur-unsur rasuah dalam urusan pembelian peralatan tersebut.

“BPR sedang kaji dokumen itu, jika ada elemen yang dilihat boleh diambil tindakan, kami akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat BPR di Putrajaya hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima dokumen-dokumen berhubung pembelian peralatan berkenaan dari seorang exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang Miow Sin di Putrajaya.

Semalam Phang dalam satu persidangan akhbar berkata beliau pada 23 Julai lalu, menerima lima salinan dokumen berhubung salah guna kuasa oleh Jabatan Logistik PDRM yang melibatkan kontrak RM98 juta, yang dilakukan semasa Pilihanraya Umum ke-12 Mac lalu, membabitkan enam pegawai berpangkat dari ASP hingga CP.

Dokumen itu tidak menyatakan nama pengirimnya, dan antara yang dikaitkan dengan salahguna kuasa adalah merujuk kepada pembelian pelbagai keperluan polis seperti kenderaan, pakaian seragam, anjing, dan sebagainya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam berkata satu jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu dan sekurang-kurangnya 12 pegawai dan anggota sudah diarah bertukar.

Abu Kassim berkata siasatan akan diteruskan jika wujud asas yang kuat berhubung dakwaan itu.

“Kita akan bincang dan buat kajian apakah implikasinya, kemungkinan jika berlaku kesalahan prosedur, kesalahan tidak pematuhan, atau kesalahan yang berbentuk jenayah seperti membuat tuntutan palsu dan sebagainya. Sekarang ini, kami baru terima (dokumen) dan kami kena siasat dulu,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: