BPR siasat masjid kristal, piala monsun

MALAYSIAKINI – Masjid kristal yang terapung di tengah sungai dan Piala Monsun – dua projek besar yang menjadi sebutan umum di Terengganu kini dalam perhatian serius Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Badan itu akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek masjid kristal atau dikenali juga Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian berkata BPR sentiasa mengamalkan dasar telus dan responsif terhadap perkara yang dilaporkan dan tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan siasatan.

“Kita akan teliti dahulu (laporan)… kalau ada asas yang kukuh berhubung perkara yang berkaitan, kita akan siasat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan Pemuda PAS serta angkatan muda PKR negeri yang meminta badan itu menyiasat mengenai dua projek  besar yang sering dipertikaikan oleh dua parti tersebut.

Laporan itu dibuatkan oleh ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua AMK Fariz Musa di Wisma Persekutuan di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut agensi berita itu, Azman Shapawi hadir bersama dua lagi anggota PAS membuat laporan kepada BPR memintanya menyiasat kenyataan menteri besar Datuk Ahmad Said serta dua projek tersebut seperti disiarkan di akhbar.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berharap BPR menyegerakan tindakan untuk menyiasat perkara tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan harta rakyat.

Sementara itu Fariz bersama empat lagi anggota PKR pula membuat laporan kepada pejabat BPR meminta siasatan segera dilakukan terhadap dua projek terbabit, selain kos penyelenggaraan melampau Proton Perdana V6, kehilangan wang royalti petroleum sejumlah RM3 bilion dan kes rasuah projek Bandar Baru Kijal di Kemaman.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: