PM digesa adakan mesyuarat tergempar BN

MALAYSIAKINI – Pemuda Gerakan meminta Presiden Umno, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu penggabungan antara Umno dan PAS.

Pengerusinya, Datuk Mah Siew Keong berkata, pergerakan itu memandang berat cadangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya PAS dan Umno bergabung.

“Penggabungan itu tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak memberi kebaikan kepada rakyat dan akan menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau, Pemuda Gerakan telah mencadangkan dalam persidangannya Oktober lalu, supaya semua 14 parti komponen BN digabungkan.

Bagaimanapun, katanya, ia telah ditolak oleh banyak parti komponen BN atas alasan belum sampai masanya untuk berbuat demikian.,

“Oleh itu, saya menggesa Datuk Seri Abdullah supaya menimbang semula cadangan penggabungan 14 parti komponen BN, dan bukannya bergabung dengan PAS,” katanya lagi.

“Penggabungan antara 14 parti komponen BN menjadi satu parti BN patut diterima sebagai satu langkah menyatupadukan masyarakat Malaysia.

“Sebuah parti yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan merupakan satu langkah besar ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia,” kata Mah lagi.

Beliau berkata, keputusan pilihanraya umum lalu, menjadi bukti bahawa sudah sampai masanya ditubuhkan sebuah parti BN pelbagai kaum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: