Perak: Umno tidak akan aniayai PAS

MALAYSIAKINI – Umno memberi jaminan tidak akan menganiayai PAS dalam kerjasama antara dua parti itu membentuk kerajaan campuran Perak seperti ditawarkan, kata seorang ahli jawatankuasa Umno Perak.

Datuk Dr Zambery Kadir, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor berkata, PAS tidak perlu bimbang dengan saranan  pengerusi badan perhubungan Umno, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

“Persefahaman mestilah dengan keadilan. Soal kebimbangan, bukan sahaja dihadapi oleh orang PAS tetapi juga oleh orang Umno.

“Kebimbangan pada peringkat awal adalah perkara biasa dan semulajadi tetapi kita perlu berpandangan positif kerana kedua-dua parti – PAS dan Umno – berteraskan Islam,” kata Dr Zambery kepada Malaysiakini.

Umno Perak hari ini dilaporkan mengundang PAS bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan menawarkan wakil parti Islam akan terus menjadi menteri besar.

umno and pas negotiate 031207Mohd Tajol berkata, tawaran itu sebagai langkah permulaan ke arah merealisasikan saranan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar dua parti itu dibubarkan bagi menubuhkan parti baru.

“Kalau nak mula kerjasama, gabungan ini boleh dimulakan di Perak. Umno Perak sedia bekerjasama dengan PAS menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh kerana kita ada 28 kerusi,” katanya.

Umno menguasai 27 kerusi, manakala MCA (1) dan PAS (6) menjadikan jumlahnya 34 daripada 59 kerusi.

Pakatan DAP, PKR dan PAS kini memerintah dengan kelebihan tiga kerusi – DAP (18 kerusi) dan PKR (7).

Jika menjadi kenyataan, kerajaan campuran BN-PAS akan mempunyai majoriti sembilan kerusi.

Tajol Rosli berkata, Umno Perak sedia membenarkan wakil PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar, manakala keanggotaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Dr Zambery yang juga ketua Umno bahagian Lumut berkata, persefahaman dan kerjasama tersebut merupakan rancangan jangka panjang tetapi perlu bermula dari sekarang.

Katanya, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan Umno Perak, bulan depan.

“Kita di peringkat bahagian menyokong usaha tersebut untuk kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Perak,” katanya lagi.

Zambery menegaskan, masyarakat bukan Islam di Perak tidak perlu bimbang dengan perkembangan tersebut kerana mereka perlu melihat dari sudut kepentingan dan hak orang Melayu.

Katanya, jumlah orang Melayu di negeri itu cuma kira-kira 52 peratus daripada hampir dua juta penduduk.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Mahfuz Omar ketika dihubungi Malaysiakini berkata, PAS menolak pelawaan tersebut kerana parti itu lebih selesa dengan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno hendak bertemu PAS bukan kerana atas kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam tetapi mereka mahu mendapatkan kuasa semula.

“PAS lebih selesa dengan Pakatan dan oleh kerana itu tidak timbul soal DAP menunggang PAS. Sebaliknya Umno yang mahu menunggang PAS.

“PAS tidak memerlukan Umno sebagai rakan kongsi kerana tanpa parti itu sekalipun, kami mempunyai kemampuan untuk membangunkan Islam dan orang Melayu,” katanya.

Advertisements

2 Komen

  1. Patek1472 said,

    29 Julai 2008 pada 11:01 pm

    From Racism to Satanism

    1. If anyone thinks as a Malaysian at heart you will never support any of the current political parties who speaks only about championing or protecting their own race and religious interests. Whether it comes from UMNO, PAS, MCA, MIC, PKR, Gerakan, Hindraf, PBS, DAP, PPP or whatever new name it’s called racism and whoever supports that party is called a racist. It is no different from apartheid. It dirties and poison your soul.

    2. Those who are racists but speak with a fork tongue (Jeyklls), hiding it behind other causes like religion, meritocracy, education, poverty etc are even worse than clear cut racists and can only fit into the category of satans.

    3. Malaysian racists and the MSN have corrupted the following words which meant differently in other countries ex. nationalism, patriotism, royalists, freedom, liberty, corruption, democracy etc.

    4. Power, Greed and Selfishness rule in Malaysia and now we include Racism and Satanism.

    More facts at http://patek1472.wordpress.com

  2. amoker said,

    30 Julai 2008 pada 12:32 am

    Sure sure… who is this chap anyway? And the UMNO upper management are no better with many instances of flip flops. How to trust?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: