50 ahli Umno Jelutong keluar parti

MALAYSIAKINI – Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu baru-baru ini.

Anggota dari cawangan Kampung Paya, Ahmad Din yang mewakili kumpulan itu, mendakwa  tindakan Umno Pulau Pinang menutup cawangan itu dilakukan tanpa usul periksa.

“Kami kesal kerana mereka (Umno Pulau Pinang) menutup cawangan kami tanpa usul periksa,” katanya dalam laporan Bernama.

“Kami kesal kerana mereka (Umno Pulau Pinang) menutup cawangan kami tanpa usul periksa dan Datuk Azhar Ibrahim (Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri) menipu pemberita mengatakan beliau telah menyiasat keanggotaan cawangan terlibat dengan menghantar surat kepada anggota cawangan tersebut,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad mencabar Azhar untuk menunjukkan surat itu, beserta bukti penghantaran dan cop tarikh surat yang didakwa dihantarnya kepada anggota cawangan itu.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat tiga minggu lepas memutuskan membubarkan 17 cawangan Umno bahagian Jelutong berikutan pelbagai masalah termasuk anggota yang tidak wujud walaupun nama mereka ada dalam senarai cawangan berkenaan.

Malah Azhar sebelum ini menjelaskan pembubaran cawangan terbabit bagi memulihkan bahagian itu berikutan pelbagai masalah termasuk keanggotaan dan penyelewengan.

Berikutan keputusan Umno untuk membubarkan 17 cawangan itu, kesemua cawangan yang terlibat pada 15 Julai lepas telah mendesak MT Umno menarik balik pembubaran tersebut dalam tempoh seminggu.

“Sekiranya MT tidak menghiraukan desakan ini, kami yang mempunyai seramai 4,000 anggota akan menentukan arah mana halatuju politik kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” kata bekas Naib Ketua Umno Bahagian Jelutong Syed Hussin Syed Mohamed.

Sebelum ini, Umno bahagian Jelutong mempunyai 42 cawangan dengan keanggotaan seramai 13,102 orang, dan selepas pembubaran itu ia kini mempunyai 25 cawangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: