Laporan Perubatan – Polis dah siasat lebih awal

AGENDA DAILY – Polis menyifatkan laporan sebuah laman web yang mendakwa adanya laporan perubatan sahkan tiada kesan liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan sebagai cubaan untuk mensabotaj siasatan polis berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan laman web itu juga disifatkan sebagai cubaan untuk mengelirukan orang ramai.

Serentak itu tambah beliau, pihak polis sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas laman web dan sebuah blog yang turut menyiarkan laporan berkenaan yang didakwa dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Laporan laman web itu menyebut Saiful mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi pada 28 Jun lalu kerana mengadu hadapi kesukaran membuang air besar.

Berdasarkan laporan laman web itu, tiada bukti menunjukkan Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar diliwat seperti didakwa.

Ismail turut menafikan laporan bahwa doktor yang didakwa membuat laporan itu, Dr. Mohd Osman Abdul Hamid telah ditahan oleh polis.

“Keterangan Mohd Osman telah direkodkan oleh polis di awal siasatan kes ini dijalankan,” jelasnya.

Sementara itu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam reaksinya, membuat kesimpulan suaminya tidak bersalah dengan adanya laporan yang dikatakan laporan perubatan tersebut.

Serentak itu, beliau mahu pihak polis menjalankan siasatan kenapa ada usaha untuk ‘memerangkap’ suaminya dengan kes liwat berkenaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: