Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

MALAYSIAKINI – Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu – demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami “tenesmus” – kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan “plastik” di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah”, dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan “jaga”, “selesa”, “tidak pucat” dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. Berita asal

Advertisements

2 Komen

  1. Dr.Halim said,

    28 Julai 2008 pada 8:13 pm

    saya tidak mengatakan anwar meliwat ataupun tidak tetapi maklumat daripada pesakit adalah sulit, bagaimana boleh dapat maklumat ni? kemungkinan doktor tersebut boleh disaman oleh saiful sendiri walaupun dia bersalah untuk laporan palsu, tetapi dari segi maklumat kesihatan adalah sulit dan persendirian …lagipun laporan ini tidak mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mahkamah dan jabatan siasatan jenayah..saya seorang doktor dan mempunyai klinik..pandangan saya ini sebagai orang yang tahu dalam bidang ini.. terima kasih..

  2. Siti said,

    29 Julai 2008 pada 11:16 am

    Dr. Halim. sudah lama rasa nya Dr.M.Osman simpan rahsia ini sehingga dia merasakan perlu di beritahu perkara sebenar…seperti mana yang kita tahu..memang maklumat itu sulit..ada yang pesakit meminta doktor untuk merahsiakan sakitnya..tapi doktor yang berwibawa..akan memaklumkan perkara yang benar kepada ahli keluarga untuk tidak memudaratkan sakitnye..dalam kes anwar ni..BENAR DAN SUDAH PARAH DAN BERNANAH…DR.M.OSMAN ADALAH SEORANG DOKTOR YANG PROFESSIONAL , BERWIBAWA DAN TELUS DAN TULUS…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: