Tidak mustahil Umno-PAS bersatu, sejarah 70-an berulang?

mSTAR – KUALA TERENGGANU: Sejarah lebih tiga dekad yang lalu berulang? Umno dan PAS akan bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana disaksikan awal 1970-an selepas pilihan raya umum 1969?

Jawapan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ialah: “Ya.”
Justeru, kata beliau, penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.

Sehubungan itu beliau menegaskan, apa yang lebih penting, kedua-dua parti itu perlu berbincang dengan hati yang ikhlas bagi memastikan penyatuan itu dapat memberi kebaikan kepada mereka.

“Insya-Allah… tiada apa yang mustahil kalau kita lihat kepada sejarah dahulu pun pernah waktu yang lebih runcing lagi pada 1969, akhirnya kita boleh wujudkan satu formula yang lebih besar iaitu pakatan yang dinamakan Barisan Nasional (BN), bersama PAS,” kata beliau dipetik Bernama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: