Mukhriz kekal pendirian minta Pak Lah undur Disember ini

mSTAR – PETALING JAYA: Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir kekal dengan pendiriannya menggesa agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu berundur daripada memimpin menjelang pemilihan parti Disember ini.

Mukhriz yang dihubungi mStar Online berkata, Abdullah harus berundur segera tahun ini bagi membolehkan pengganti beliau mempunyai masa yang cukup untuk memulihkan parti menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya masih berpendapat bahawa Abdullah perlu berundur sebelum Disember ini kerana masa empat tahun tidak cukup (untuk proses pemulihan)… kita kesuntukan masa dan masa empat tahun akan berjalan dengan cepat,” kata beliau.

Pada 10 Julai lalu, Abdullah telah mengumumkan tarikh kuat kuasa pelan peralihan kepimpinan membabitkan beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menjelang Jun 2010.

Pandangan beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun senada dengan pendapat yang diutarakan oleh bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blog beliau kelmarin.

Dalam kritikan terbaru terhadap Abdullah, Dr. Mahathir “mengaku bersalah kerana” memilih penggantinya itu, tetapi menegaskan, kini yang salah meneruskan kepimpinan beliau adalah “ahli-ahli Umno sendiri.”

“Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan  Abdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri,” katanya.

“Saya terima saya bersalah kerana memilih Abdullah sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka “Mr Clean” tidak begitu clean,” kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak kali mengkritik dan  mengecam cara Abdullah mengepalai kerajaan dan Umno sejak lebih tiga tahun lalu berkata: “Saya percaya ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.”

Bagaimanapun tegas beliau, hari ini yang berkuasa menggantikan Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Pada Mei lalu selepas Dr. Mahathir mengumumkan keluar Umno, Mukhriz juga pernah memberikan pandangan itu.
Mukhriz mengutarakan pendiriannya itu dua bulan yang lalu khususnya selepas pencapaian Umno dan BN tidak memuaskan dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau pernah pendirian mempertahankan desakannya supaya Abdullah meletakkan jawatan, selain akan mengadakan pertemuan dengan ahli pergerakan Pemuda bagi menjelaskan pendirian itu.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai usaha beliau mencadangkan mesyuarat peringkat cawangan Umno mengusulkan senarai nama untuk dicalonkan bagi setiap jawatan tertinggi parti, Mukhriz berkata, langkah yang diambil pertengahan bulan ini telah mencapai sasaran 50 peratus.

“Setakat ini 50 peratus cawangan (daripada kira-kira 22,000) cawangan telah dihantar surat berkaitan dengan usul ini. Baki 50 peratus akan didekati dalam seminggu ini,” kata beliau.

Beliau mengulangi bahawa usaha itu diambil bagi  memastikan suara semua peringkat rakyat didengar dan  pemimpin yang bakal dipilih benar-benar mendapat sokongan akar umbi.

Dalam surat yang dikemukakan kepada cawangan-cawangan, Mukhriz berkata: “Sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO secara keseluruhannya menuntut hak untuk memilih pemimpin tertinggi parti. Sudah sampai ketikanya untuk kehendak rakyat, khususnya kaum Melayu, dizahirkan di dalam pemilihan parti kali ini melalui ahli-ahli UMNO diperingkat Cawangan.”

“Atas sebab-sebab berikut, saya dengan rasa amat rendah diri ingin mencadangkan agar
Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara mengusulkan senarai nama-nama untuk dicalonkan bagi setiap jawatan tertinggi parti dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, dan kalau boleh termasuklah Ahli- ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk pertimbangan Mesyuarat Bahagian.”

Mengenai tawaran beliau bertanding Ketua Pemuda, beliau berkata, hasrat itu tidak berubah dan dikemukakan secara rasmi dalam waktu terdekat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: