Siasatan BMC: Mekanik beri keterangan

MALAYSIAKINI – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memulakan siasatan awam selama dua hari berhubung dakwaan polis menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadap penduduk ketika berlaku kekecohan di Bandar Mahkota Cheras (BMC).

Siasatan awam itu berlangsung di ibupejabatnya di Menara Tun Razak, Kuala Lumpur.

Siasatan tersebut dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Zaitoon Othman, bersama dua lagi pesuruhjaya – Datuk Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.

mahkota cheras fru assault youth victim chang jiun haur 100608Saksi pertama yang dipanggil memberi keterangan ialah mekanik Chang Jium Haur (foto) yang ditendang dan dipukul berulangkali oleh kira-kira 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota pada hari kejadian pada 28 Mei lalu.

Chang, adik perempuannya bersama dua lagi rakan sedang memandu untuk beredar dari kawasan tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta mereka dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini mengawal kekecohan membabitkan penduduk BMC.

Dua belas saksi dijadual dipanggil hari ini. Suhakam dijangka memanggil 22 saksi untuk memberi keterangan dalam siasatan hari ini dan esok.

Antara saksi tersebut ialah wartawan Malaysiakini, Syed Jamal Zahiid dan Lee Weng Kiat, dan juruvideo, Ng Kok Foong.

Bidang tugas panel tersebut ialah:

bullet buttonSama ada terdapat anggota penguatkuasa undang-undang, ketika menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang, telah menggunakan kekerasan yang berlebihan.

bullet buttonJika berlaku kekerasan berlebihan, apakah berlaku pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang atau orang-orang, dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya.

bullet buttonMengesyorkan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab melanggar hak asasi manusia itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: