Najib dicalon jadi regu Ku Li

MALAYSIAKINI – Umno cawangan Ciku Dua B dalam Bahagian Gua Musang telah mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai regu ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Disember depan.

najib tun razakCawangan tersebut telah mencalonkan Najib bertanding jawatan timbalan presiden manakala Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno bahagian berkenaan dicalon bertanding jawatan presiden.

Sebanyak 87 cawangan lain dalam Bahagian Gua Musang yang bermesyuarat setakat ini tidak mencalonkan sesiapa untuk jawatan timbalan Presiden.

Menurut laporan Bernama, semua cawangan berkenaan mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden.

Baki 28 lagi cawangan dalam bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat masing-masing esok.

tengku razaleigh 01Ketika mencadangkan usul menamakan Najib sebagai regu Tengku Razaleigh, ketua cawangan Ciku Dua B, Ahmad Narsuki Harun berkata Najib adalah gandingan mantap dengan ahli Parlimen Gua Musang tersebut.

Cadangan itu, katanya, adalah juga bagi menghargai jasa timbalan perdana menteri kepada golongan peneroka Felda.

“Daripada kehidupan kami yang dihimpit pelbagai masalah terutama pendapatan dan kediaman, kami menerima pembaharuan yang amat baik hasil perjuangan Datuk Najib selama ini,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: