Suami isteri saman Raja Petra

MALAYSIAKINI – Sepasang suami isteri anggota tentera yang dinamakan dalam akuan berkanun blogger Raja Petra Kamaruddin, telah memfailkan saman fitnah terhadap pengendali lamanweb Malaysia Today itu hari ini.

Left-Kol Abdul Aziz Buyong dan isterinya Left-Kol Norhayati Hassan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam saman tersebut, mereka masing-masing menuntut gantirugi RM1 juta dan – RM1 juta untuk Abdul Aziz dan RM1 juta lagi untuk Norhayati.

Di samping itu, mereka juga menuntut gantirugi teladan dan perintah mahkamah menghalang Raja Petra daripada mengulangi dakwaan terhadap mereka.

Dalam akuan berkanunnya pada 18 Jun lalu, Raja Petra telah mengaitkan pasangan suami isteri itu, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut akuan berkanun tersebut, Aziz didakwa telah memasang C4 di pelbagai bahagian badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan Norhayati.

Pasangan suami isteri itu mendakwa, tindakan mengaitkan mereka dengan pembunuhan tersebut berniat jahat dan merupakan fitnah terhadap mereka.

Menurut mereka lagi, akuan berkanun itu juga mendedahkan mereka kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan di mata masyarakat yang berfikiran waras.

Minggu lalu, Raja Petra ditahan dan didakwa atas tuduhan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Beliau dibebaskan dengan ikatjamin RM2,000. Kesnya akan mula didengar pada 15 Ogos depan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: