Pelan kuasa Abdullah-Najib perlu dipercepat Disember ini

mSTAR – KUANTAN: Selepas lebih 10 hari tarikh kuat kuasa pelan peralihan kepimpinan Umno-BN diumumkan, hari ini Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Faisal Abdullah mahu peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipercepatkan selewat-lewatnya Disember ini.

Umno dijadual mengadakan pemilihan pusat Disember ini.

Peringkat cawangan telah memulakan mesyuarat masing-masing sejak Khamis lalu.

Faisal berkata, tempoh dua tahun seperti yang diumumkan baru-baru ini itu dilihat terlalu lama.

“Kita menyokong peralihan kuasa itu, namun tempoh dua tahun itu terlalu jauh dan kita bimbang ianya tidak memberi ruang yang cukup kepada Datuk Seri Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Indera Mahkota merupakan salah satu daripada 14 bahagian yang terdapat di Pahang.

Faisal berkata, sekalipun Umno bahagian itu menyokong sepenuhnya kepimpinan Abdullah dan tetap akan mencalonkan beliau sebagai Presiden Umno dan Najib sebagai timbalan untuk pemilihan parti itu, namun peralihan kuasa itu sebaiknya dilakukan selepas pemilihan itu berlangsung Disember ini.

“Sekalipun ini pendapat peribadi saya, namun inilah yang kita dapat maklumat balas dari peringkat akar umbi yang mahu Umno kembali kukuh sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara,” katanya.

Mengenai mesyuarat cawangan di bahagian itu, Faisal berkata, tujuh daripada 59 cawangan di bahagian itu telahpun mengadakan mesyuarat perwakilannya baru-baru ini.

Kata Faizal, beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian itu pada pemilihan November ini.

Semalam, Najib berkata, usul oleh sebuah cawangan Umno di Pahang mencalonkan beliau sebagai Presiden Umno tidak menjejaskan komitmennya terhadap pelan peralihan kuasa melibatkan beliau dan Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2010.

“Saya tidak kisah daripada segi cawangan kerana yang penting pendirian peringkat bahagian,” katanya ketika diminta mengulas usul berkenaan yang diluluskan oleh Umno Cawangan Kampung Ubai, dalam Bahagian Pekan, dalam mesyuarat agungnya minggu lepas.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, bahawa dalam bahagian ada banyak cawangan tetapi yang penting ialah pendirian di peringkat bahagian.

“Saya dah kata saya komited dengan pelan peralihan itu, saya dah nyatakan pendirian saya, jadi bahagian yang komited akan calonkan saya sebagai timbalan presiden dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: