Nik Aziz: PAS akan berpecah jika muzakarah diteruskan

mSTAR – KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi  perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.

“Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam,” kata beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi  membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Aziz berkata, jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti “kera sumbang” dan tidak lagi  dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

“Bila berlaku begini, orang PAS akan marah kepada PAS dan orang Pakatan (Rakyat) akan juga marah kepada PAS. Kiri kanan semua orang  marah dan akhirnya PAS jadi kera sumbang.

“…dengan itu saya memang tidak bersetuju diadakan muzakarah ini tetapi akan bersetuju sekiranya pertemuan itu untuk menarik Umno masuk PAS,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau kecewa kerana tidak dijemput menghadiri pertemuan dengan pemimpin tertinggi Umno, Nik Aziz berkata, beliau tidak kecewa tetapi “tidak gembira” dengan kenyataan pemimpin PAS dan Perdana Menteri mengenai isu itu.

“Saya tidak happy dan tidak gembira dengan kenyataan pemimpin Umno dan PAS mengenai muzakarah ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang untuk bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang  mengenai perkara itu.

Nik Aziz bagaimanapun menafikan wujud ketidaksefahaman antara beliau dengan pemimpin PAS yang lain berhubung isu itu dan  juga menafikan wujudnya masalah dalaman parti itu.

“Persefahaman tetap ada dan kalau pecah-belah seronoklah Umno dan sebab itu kita mesti bersatu dan apa yang saya katakan ini sebagai reaksi balas sahaja dan terpulanglah kepada penyokong (untuk  menilainya),” katanya.

Nik Aziz juga berkata, terpulang kepada perwakilan untuk membincangkan mengenai isu itu pada muktamar PAS yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Boleh jadi dibincangkan tetapi terpulanglah kepada perwakilan untuk membincangkan isu ini,” katanya.

Beliau juga menafikan pertemuannya dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru turut membincangkan isu muzakarah itu dan menurutnya perbincangan hanya berkisar mengenai bagaimana untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: