Isu T’ganu beli Mercedes ke kabinet

MALAYSIAKINI – Kabinet akan membincangkan kewajaran kerajaan Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota-anggo exco dan pegawai kanan negeri itu, kata timbalan perdana menteri.

“Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional,” kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau mengulas pembelian kenderaan mewah itu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bagu “menjimatkan perbelanjaan tahunan”.

Najib berkata dasar kerajaan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional, lapor Bernama.

“Saya guna kereta nasional dan perdana menteri pun gunakan kereta nasional,” katanya.

Semalam, menteri besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.

Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut susulan kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: