Anwar isi ‘borang mangsa rogol’

MALAYSIAKINI – kemaskini 2:36pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau diminta mengisi “borang mangsa rogol” di hospital Kuala Lumpur minggu lepas sewaktu beliau dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantunya.

Katanya, beliau menurut sahaja arahan doktor dengan andaian ia sebahagian prosedur biasa dan memberi kerjasama penuh kerana bimbang media akan membesar-besarkan isu itu jika beliau enggan mengikut arahan.

Dalam sidang media selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tengah hari ini, Anwar juga menafikan “mempolitikkan” isu tersebut seperti dakwaan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau mengulangi dakwaannya bahawa beliau ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluannya diukur.

Dalam perkembangan berkaitan, peguamnya Sivarasa Rasiah berkata hospital Kuala Lumpur “telah diperalatkan untuk mempertahankan” isu tersebut.

“Tidak berbangkit persoalan bahawa Anwar telah dibogelkan ketika pemeriksaan kesihatan,” katanya.

“Tidak juga berbangkit persoalan bahawa apabila beliau bersetuju (diperlakukan begitu) untuk pemeriksaan, beliau waktu itu bawah jagaan polis dan sentiasa tertakluk pada arah mereka untuk tujuan siasatan.”

“Kami tidak mahu bertekak dengan pihak hospital yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjalankan tugasnya seperti dikehendaki oleh polis dan akan melaporkannya kepada mereka (polis),” tambah Sivarasa.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Sehari selepas ditahan Selasa lalu, penasihat PKR itu berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di hospital.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga “ukur apa yang perlu” dan beliau “ikut semuanya (arahan doktor)”.

“Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua,” kata Anwar apabila dibebaskan.

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

“Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada,” katanya.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: