Penyerahan royalti tanpa ‘bukti hitam putih’

HARAKAHDAILY – KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menjelaskan bahawa tidak ada keterangan ‘hitam putih’ daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung penyerahan royalti petroleum lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu.

Ahmad dilaporkan sebagai berkata, kerajaan negeri itu dijangka akan menerima wang royalti petroleum dan gas itu yang pertama, September ini selepas ia dihentikan sejak tahun 2000 ketika PAS memerintah negeri itu.

Tidak diketahui bagaimana kaedah penyerahan dan berapa jumlah royalti yang akan diterima kerajaan itu dari kerajaan pusat.

Ahmad menyatakan demikian dalam pertemuan antara Dewan Harian dan Wakil-wakil Rakyat PAS Terengganu dalam satu pertemaun dengan Menteri Besar itu di Wisma Darul Iman di sini 15 Julai lalu.

Dato’ Ahmad berjanji akan meneruskan kes tuntutan royalti petroleum itu di mahkamah sekali gus tidak akan menarik balik kes itu demi kebaikan rakyat dan negeri tersebut.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Harun Taib berkata, pertemuan PAS dan Dato’ Ahmad bertujuan meminta penjelasan sejauh mana janji PM untuk menyerahkan semula wang royalti petroluem berkenaan.

Ia tidak ada kena mengena dengan sebarang pakatan untuk menubuh kerajaan baru di Terengganu buat masa terdekat.

Dato’ Harun membuat kenyataan berkenaan ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Dua Dekat Madrasah Darul Taqwa, Kuala Nerus di sini baru-baru ini.

Turut berucap di majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Mudir Madrasah Darul Taqwa, Ustaz Haji Mohd. Yaaqub.

Terdahulu, hampir semua Ahli Dewan Harian dan wakil-wakil rakyat PAS negeri itu hadir dalam pertemuan di Wisma Darul Iman itu.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam, menyentuh pelbagai isu termasuk penjelasan mengenai status penyerahan royalti petroluem dan gas oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Terengganu, kronisme dan lain-lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: