MB: Kes MP Kelana Jaya ditumbuk selesai

MALAYSIAKINI – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh seorang  pembantu setiausaha sulit beliau semalam, sudah selesai.

loh gwo burneKejadian tersebut, Loh Gwo Burne ditumbuk oleh oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika cuba memberi pandangan masing-masing yang mewakili penduduk setempat.

Ia berlaku selepas Loh mempersoalkan pembinaan surau Al- Istiqamah semasa upacara pecah tanah pembinaan surau itu di Fasa Kedua Desa Mentari di Kelana Jaya.

Sebelum Loh ditumbuk telah berlaku kekecohan di mana sekumpulan penduduk membantah pembinaan surau itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya, Petaling Jaya.

Abdul Khalid berkata, kedua-dua pihak telah bermaafan sesamanya akibat kejadian yang berpunca daripada salah faham.

Menteri besar menyifatkan kejadian itu sebagai ‘hal anak-anak muda PKR’, demikian menurut laporan Bernama.

“Ia lebih kepada isu dalaman, biasalah anak-anak muda ghairah untuk bawa pendapat masyarakat cuma  mungkin cara itu yang tidak kena,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak  Selangor 2008 anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata kes itu juga akan dirujuk kepada Ketua Bahagian PKR terbabit iaitu, Syed Shahir Syed  Mohamud bagi membincangkan tindakan selanjutnya kerana ia hanya membabitkan isu di bahagian berkenaan.

Perbezaan pendapat itu, katanya, perkara biasa dan berlaku di mana-mana, cuma cara untuk menyatakan  perbezaan pendapat itu perlu mengikut saluran yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak  diingini.

Komen Muhd Taib

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata kejadian itu mencerminkan bahawa PKR tidak bijaksana dalam menangani isu yang menyentuh agama.

“Kita (Barisan Nasional) biasanya konsensus berunding antara sesama kita tentang hak masing-masing di mana masjid di mana surau di mana gereja kita benarkan semua.

“Nampak sesama dia sudah wujud pertelingkahan sebegitu sampai (ke tahap) fizikal ahli parlimennya ditumbuk ini menunjukkan mereka tidak berjaya mengawal keadaan,” katanya ketika

diminta mengulas mengenai kejadian itu selepas merasmikan Seminar Sehari “Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah ?”  anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata nampaknya Pakatan Rakyat retak kerana beberapa peristiwa yang memperlihatkan keretakan itu seperti ada yang tidak diajak berunding, ada yang terasa terpinggir dan ada yang cuba menguasai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: