Anwar: Buktikan ‘siapa rogol siapa’

MALAYSIAKINI – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

“Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

“Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi,” katanya.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

‘Beralas simen’

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya “corrobotive evidence” (bukti yang memberi pengesahan).

“Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil…ingat,” katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau “Osama Laden” .

“Saya telah “diiringi” oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya,” katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

Advertisements

2 Komen

  1. amru al as said,

    23 Julai 2008 pada 4:14 am

    Anwar…. sy teringat kata-kata rendra !!!!!!
    Byk perkara nak sy sampaikan pd anwar tp bagaimana ? PKR perlu di suntik dengan vaksin sebelum virus ini jauh merebak. Bila sy berkunjung ke bhg gombak… nadi2 pkr amat lemah dibwh. Saudara Anwar berjuang dm masa depan bangsa, agama dan negara, pengikut bwhan bercakar sesama sendiri. Azmin harus mengenal masaalah pokok bhg gombak. Kesannya amat besar kalau tdk ada usha azmin, kasdi dan mazlan utk mencari jalan terbaik kearah perjuangan anwar utk menegakkan keadlan dan kebenaran. Dimana anak gombak atau anak tempatan sebagai ahli majlis… inilah rintihan yg saya engar.. jauh panggang dari api. Kelemahan ini bermula dari kecuaian dan nilai kepercayaan azmin.Azmin yg kukenal.. parlimen dan gombak berbeza,. Perbaikilah cepat dm perjuangan. Fikir2kanlah.

    amru al as

  2. amru al as said,

    6 Ogos 2008 pada 12:18 am

    Saiful yang mengaku diliwat Anwar mungkin mengalami ”Intellectual Disorder” atau “Kecelaruan Intelek” yang kronik. Sesiapa yang dijangkiti sindrom ”Intellectual Disorder” secara lazimnya gagal memahami dan menghubung kaitkan dirinya dalam soal atau erti pertalian sesama manusia, mempercayai dan dipercayai, silatulrahim dan juga keakraban. Sindrom ”Intellectual Disorder” tidak akan dapat dikesan secara fizikal tetapi ia dapat dikesan melalui keputusan peperiksaan terutama di peringkat pengajian tinggi.

    Sikap ketara pengidap sindrom ”Intellectual Disorder” ialah memiliki nafsu ”MAHU” lebih dari ”MAMPU”. Menurut Susan Greener saorang pakar perkembangan manusia, sindrom ”Intellectual Disorder” berpunca akibat kerengganan hubungan kasih sayang daripada ibubapa semenjak usia 3 tahun lagi. Tekanan perasaan tanpa kasih sejati menyebabkan organisma 23 pasang ”Sell Chromosomes” dalam DNA Saiful tercela dan celaru.

    Ia adalah punca utama yang menyebabkan berlakunya (cognitive dissonance) iaitu kecelaruan pertumbuhan dan perkembangan kognitif Saiful. Kesan ”cognitive dissonance” menyebabkan Saiful mengalami kecelaruan illusi, visual dan material. Akibatnya Saiful tidak mampu berkeputusan sendiri dan hanya menyerah atau bergantung harap kepada keputusan yang dilakukan orang lain bagi pihak dirinya.

    Pada lazimnya pengidap ”Intellectual Disorder”seperti Saiful akan memiliki kriteria-kriteria terserlah seperti berikut:

    Mengalami defisit dalam keyakinan diri terkadang merudum ke tahap sifar.
    Membuat keputusan untuk jangka pendek.
    Mudah percaya dan terpedaya dengan penampilan fizikal, riak wajah atau bahasa badan seseorang yang berpangkat.
    Mudah membentuk dan mengubah penampilannya fizikal supaya lebih menarik, nampak ceria sepanjang masa, mesra, mudah didekati, sukses, berkeyakinan.
    Mampu menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan.
    Nampak cerdik tetapi hancur dan tohor dalam pengetahuan am.
    Mudah dibeli dengan piujian, kata-kata perangsang dan sikap kononnya mereka perihatin terhadap dirinya.
    Akan berlakunya kecelaruan fizikal yang mendadak jika berlaku sebarang kejutan atau pujian.
    Gagal untuk berhadapan dengan perkara baru dan gagal mengawal perasaan memantul.
    Gagal belajar dari pengalaman dan tidak pernah dan akan serik.
    Celaru dalam menentukan kemahuan, minat serta identiti seksual (Sex chromosomes).
    Gagal memahami konsep ruang, logik, realiti fizikal dan menentukan nilai-nilai etika dan moral.
    Gagal menentukan arah dan halatuju tindakan kognitif dan intelektual diri.
    Gagal mengenal apa erti benar dan salah, halal atau pun haram.

    sedutan reformis rizal


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: