Polis: Anwar enggan beri sampel

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberikan sampel darah untuk menguji DNA beliau walaupun telah dibawa ke hospital malam tadi bagi siasatan dakwaan meliwat pembantunya, kata polis.

Beliau ditangkap tengah hari semalam dan disoal siasat di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sehingga hampir jam 10 pagi tadi untuk mendapat sampel DNA, kata timbalan ketua polis negara Datuk Ismail Omar.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis akan menggunakan ruang perundangan yang ada untuk mendapatkan contoh DNA Anwar.

Mengulas kaedah pasukan khas polis menyerbu Anwar di pinggir jalan dekat rumahnya di Segambut Dalam, beliau berkata tindakan itu “satu prosedur biasa” dan “polis risau apabila Anwar mengikuti jalan lain” selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pagi semalam.

Beliau menegaskan, kehadiran polis bertopeng dalam pasukan yang menangkap Anwar semalam “perkara biasa” kerana banyak faktor telah diambil kira.

Ismail juga menjelaskan, tidak semua anggota polis yang hadir di situ memakai topeng.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: