Hak seseorang dijamin di bawah undang-Undang Islam – Nik Aziz

HARAKAHDAILY- KOTA BHARU – Sesuatu hukuman yang adil hanya dapat diwujudkan berdasarkan sesuatu keterangan yang tepat dan pembuktian kukuh, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, keterangan yang tepat dan pembuktian yang kukuh dapat dicapai berdasarkan prinsip undang-undang ditetapkan Allah Taala.

Selain itu katanya usaha menegakkan keadilan hanya akan menjadi kenyataan apabila undang-undang ditafsir oleh hakim yang mempunyai kelayakan dan kewibawaan.

�Dalam sesuatu perbicaraan dan proses keterangan adalah penting. Keteranganlah yang dapat menjelas dan menerangkan keadaan sesuatu kes.

�Sesuatu kes tidak dapat diselesaikan tanpa adanya keterangan yang benar. Sebab itulah tujuan sesuatu undang-undang ialah mencapai keadilan dengan memberikan hak kepada yang berhak,� katanya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, terdapat banyak ayat Al-Quaran yang memerintah supaya umat Islam memberi keterangan dengan jujur dan benar.

Dan dalam masa yang sama katanya, Islam mencela dan mengecam mereka yang tidak mahu memberikan keterangan atau cuba menyembunyikan sesuatu fakta.

�Allah swt memerintahkan umat Islam supaya berlaku amanah serta adil dalam semua urusan termasuk dalam memberi keterangan di mahkamah.

�Memberi keterangan bererti menyampaikan amanah, berlaku adil dan menjadi saksi kepada Allah swt,� katanya.

Menurutnya keadilan yang dikehendaki Islam bersifat mutlak tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, bahasa, jantina, sempadan negara, kebudayaan dan politik.

Kata beliau konsep keadilan tidak berubah walau pun keadaan dan masyarakat sudah berubah.

�Islam telah menetapkan prinsip etika (adab al-Qaadhi) yang mesti dipegang teguh serta dihayati semua hakim,� katanya.

Beliau juga berkata, antara prinsip etika hakim Islam ialah perlu menghukum atau menjatuhkan hukuman terhadap pesalah dalam keadaan tenang, tidak dalam keadaan marah dan tidak terlalu lapar.

Sebaliknya seseorang hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika mengantuk yang keterlaluan, terlalu dukacita atau terlalu gembira.

�Hakim tidak boleh terpengaruh oleh orang-orang di sekeliling, hakim perlu memberi layanan yang sama dan cuba mendamaikan sebelum menjatuhkan hukuman serta memuliakan saksi dan tidak memanjangkan perbicaraan tanpa keperluan.

�Seseorang hakim perlu bebas membuat keputusan tanpa diganggu oleh sesiapa. Tugas hakim berusaha untuk merealisasikan keadilan dan dalam masa yang sama mengelak dari berlaku kezaliman,� katanya.

Sehubungan itu beliau berharap semua pegawai kehakiman menjalankan tugas dengan amanah dan tekun.

Katanya juga untuk mendapatkan keadilan dan mengelakkan kezaliman, seseorang hakim hendaklah menjalan tugas dengan baik, mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan agama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: