Mengapa Anwar ditahan di luar rumah…

MALAYSIAKINI – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditangkap di dalam rumahnya kerana ia boleh menimbulkan kekecohan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Mohd Zinin hari ini.

Pada masa ini, katanya, Anwar sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

“Beliau (Anwar) juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya di waktu ini,” kata Bakri dalam satu kenyataan yang dibacanya kepada pemberita petang tadi.

mohd bakri zininKatanya, waran tangkap juga telah disempurnakan ke atas Anwar. Beliau juga enggan menjawab pertanyaan dari pemberita.

atanya, ahli keluarga Anwar juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya.

“PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis,” katanya.

Bakri berkata, untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil, PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

Ikut garis panduan

“PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

“Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan.

“PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada,” tambahnya.

Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Anwar, katanya, ianya dilakukan secara profesional, berdesarkan kepada keperluan tersebut.

“Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh jabatan siasatan jenayah khas Bukit Aman, tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garispanduan yang ditetapkan.

“Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1 petang di sekitar Segambut,” kata Bakri.

Sebelum ini, Star Online memetik Bakri sebagai berkata, polis bimbang Anwar tidak hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan oleh itu memutuskan untuk menahan beliau.

Sebab ditahan

Bakri dipetik sebagai berkata, Anwar sepatutnya pergi terus dari ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya ke IPK Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, kami dimaklumkan bahawa selepas meninggalkan ibupejabat BPR di Putrajaya, beliau telah mengubah laluannya dan menuju ke rumahnya di (Bukit) Segambut.

“Beliau ditahan kerana kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa beliau tidak akan hadir. Kami ingin menekankan bahawa Anwar pada mulanya bersetuju berjumpa kita pada hari Isnin tetapi gagal berbuat demikian,” katanya.

Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan keluarganya ketika cuba menyerahkan perintah di bawah Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini atau menghadapi kemungkinan di tangkap. Pemimpin PKR itu setuju hadir.

Bagaimanapun, Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari tadi ketika dalam perjalanan pulang di Putrajaya. Beliau sedang ditahan di IPK Kuala Lumpur.

Advertisements

2 Komen

  1. kamika said,

    17 Julai 2008 pada 1:11 am

    Sekali lagi pihak polis memperlihatkan ‘kecekapan’ mereka bertindak dengan pantas. Alasan yang agak janggal hanya kerana pihak polis ‘mempercayai’ bahawa Anwar akan mengingkari arahan mereka. Kalau dahulu Anwar diserbu oleh pasukan gerak khas atas alasan mengancam keselamatan negara yang akhirnya gagal dibuktikan, kini mereka mereka alasan lain pulak untuk menahan beliau. Memang cekap. Tapi kalau Anwar yang hanya dituduh meliwat boleh ditangkap sedemikian rupa, mengapa pendekatan yang sama tidak digunakan untuk menangkap orang yang ditudah membunuh model Mongolia, Altantuya?

  2. ako said,

    18 Julai 2008 pada 9:40 am

    aku setuju… cekap..meme cekap…sugguh cekap… pantas sepeti kilat… kalulah kes nurin camni kan slamat… msia…
    tapi sayang… siap gan topeng dan berapa bijik keta? lupa …….
    seolah2 DSAI ini penyenayah yg paling kehendaki sepeti mafia rusia… standard arwah mat komando…

    SYABAS POLIS!!!!!! anda adalah harapan rakyat mesia…. teruskan usaha murni itu… jagalah najib tu sepeti bapak kamu sndiri…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: