Kami dikepung, kata peguam

MALAYSIAKINI – “Saya berada di dalam kereta bersamanya ketika apabila beliau ditahan. Kami dikepung. Mereka (pasukan polis) berkata ‘anda ditahan'”

nude ear squat video clip 161205 sankara nairPeguam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – N Sankara Nair – memberitahu pemberita demikian ketika menceritakan apa yang berlaku ketika Anwar ditahan tengahari tadi.

Katanya, anggota polis tidak menunjukkan sebarang waran tangkap ketika mereka menahan Anwar dekat rumahnya di Segambut Dalam.

Bagaimanapun, katanya, Anwar tidak digari ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda yang bercermin gelap.

Menurut Sankara, penahanan Anwar tiada kena mengena dengan keengganannya hadir di IPK KL Isnin lalu.

“Malah, beberapa minit sebelum beliau ditahan, pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menelefon kita bertanyakan sama ada kami akan datang. Kami jawab, kami akan berada di sana tepat jam 2 petang,” katanya.

“Jika Anwar tidak hadir pada jam 2 petang, maka saya faham mengapa beliau perlu ditahan. Pihak polis telah melanggar kepercayaan dan keyakinan kami sebelum ini terhadap mereka,” katanya.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu Anwar – Mohd Saiful Bukhari Azlan – telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Manakala Anwar pula mendakwa, ia merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi ia dinafikan oleh pemimpin kerajaan.

Sankara berkata, pihak polis mesti menjelaskan tujuan Anwar ditangkap secara begitu.

anwar ibrahim arrest 160708 09Beliau juga menegaskan bahawa mengikut undang-undang, Anwar tidak perlu memberi contoh DNA kepada pihak polis.

Polis mula merakam kenyataan Anwar pada kira-kira 2.50 petang mengenai dakwaan liwat terhadapnya.

Adalah dipercayai Naib Presiden PKR, R Sivarasa – yang juga seorang peguam – hadir bersama Anwar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar mengesahkan bahawa Anwar telah ditahan, dan berkata mantan timbalan perdana menteri itu adalah suspek dalam kes liwat dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut AFP, beliau berkata, Anwar belum didakwa dengan apa-apa tuduhan lagi dan oleh itu, meminta supaya jangan dibuat sebarang kesimpulannya.

Beliau berkata, pihak polis perlu merakamkan kenyataan Anwar bagi menyiapkan siasatan.

Menurut Ismail lagi , sebaiknya semua fakta dikumpulkan, maka pihak polis akan membuat keputusan mengenainya.

Polis boleh menahan Anwar selama 24 jam dan selepas itu mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk tahanan reman sehingga 14 hari.

Tidak dapat dipastikan mengapa Anwar ditahan walaupun beliau telah bersetuju untuk disoalsiasat oleh pihak polis.

Anwar sepatutnya hadir di IPK Kuala Lulmpur pada hari Isnin untuk memberi kenyataan.

Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian, dengan mendakwa pihak polis bertindak secara tidak profesional dan mengugut kakitangan dan anggota keluarganya, ketika hendak menyerahkan perintah mengikut Seksyen 111, Kanun Prosedur Jenayah, Ahad lalu.

Semalam, pihak polis memberi kata dua kepada Anwar supaya hadir di IPK Kuala Lumpur pada jam 2 petang atau menghadapi kemungkinan ditahan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: