Dari debat ke debat…

AGENDA DAILY – Fikir dari sudut mana sekalipun ia memang tidak akan ada akhirnya.Itulah lumrah global antara kerajaan dan pembangkang.

Alhamdullilah debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek Selasa malam berjalan lancar kecuali sikit kekecohan dikalangan beberapa orang diantara lebih 100 rakan media yang bersesak untuk membuat liputan dengan para pengawal keselamatan selepas ia berakhir.

Apa yang menarik perdebatan tidak berakhir di Balai Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka selepas sejam mereka berhujah atas tajuk “ Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”.



Bukan saja dari reaksi kira-kira 300 hadirin tetapi dari feedback spontan didapati debat yang disiarkan secara langsung itu telah kickoff macam-macam debat sampingan disegenap lapisan masyarakat di seluruh negara berkisar tentang topik dan senario perdebatan itu sendiri.

Sebagai ‘ tauke panggung’ menganjurkan debat itu harapan kami debat seumpama itu yang pertama kali diadakan itu dilihat dari sudut positif dalam membuka saluran baru untuk membincangkan secara gentlemen isu-isu berkaitan kepentingan negara dan rakyat.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini negara ini tidak boleh hidup atas sentimen dan retorik.Ia harus berasaskan kepada fakta kerana itulah bottomlinenya.

Untuk itu kita perlu pada para ahli politik yang tahu apa mereka cakapkan dan bukan ‘main hentam’ saja.

Ada juga yang berkata masalah negara tidak akan selesai menerusi seribu siri perdebatan sekalipun .

Hakikatnya selagi hidup selagi itu ada masalah.Kerajaan dengan pendiriannya manakala pembangkang dengan pandangannya untuk ‘ tembak’ apa saja yang dirasai dapat jadi sasaran.

Moga menerusi percambahan minda pro dan con sesuatu manafaat diperolehi dalam proses membina negara.

Terima kasih pada Datuk Ahmad Shabery dan Datuk Seri Anwar kerana sedia meyahut cabaran kami.

Juga kepada pihak TV9,TV3,Astro Awani,Bernama TV dan Radio 24 yang menjadikan impian organisasi kecil kami ini untuk menyiarkannya secara langsung ke seluruh negara satu realiti.

Tidak lupa pada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang menyediakan pentas.Penghargaan juga kepada Datuk Johan Jaafar yang menjadi moderator debat ini,YB Saifuddin Nasution sebagai perantara serta rakan-rakan media dan blogger yang turut menjayakannya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: