Waran tangkap Waythamoothy di bawah ISA

MALAYSIAKINI – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan hari ini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

syed hamid albar parliament pc 150708Bercakap di lobi Parlimen hari ini, beliau memberitahu pemberita bahawa waran tersebut dikeluar sebelum beliau dilantik sebagai menteri dalam negeri.

“Terdapat waran tangkap di bawah ISA terhadap beliau dan mereka (kementerian dalam negeri) mahu membatalkan pasportnya. Tetapi bila saya jadi menteri, saya kata saya tidak mahu pasportnya ibatalkan,” katanya dalam usaha untuk menjelaskan mengenai mengenai status pengerusi Hindraf itu yang kini tinggal dalam buangan di London.

Syed Hamid yang juga bekas menteri luar, bagaimanapun tidak menyatakan sama ada waran tangkap itu masih berkuatkuasa.

Semalam, Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pasport Waythamoorthy tidak dibatalkan walaupun arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen supaya berbuat demikian.

hindraf waythamoorthy united nations un 220408 01Syed Hamid mengulangi hari ini bahawa pasport Waythamoorthy masih sah dan pemimpin Hindraf itu layak untuk menggunakan dokumen perjalanan tersebut.

May lalu, beliau menafikan bahawa pasport Waythamoorthy telah dibatalkan, sejurus selepas pemimpin Hindraf itu dimaklumkan oleh pegawai imigresen British bahawa Kuala Lumpur telah membatalkan pasportnya.

Waythamoorthy berlepas ke London November lalu selepas menganjurkan satu perhimpunan Hindraf yang disertai oleh 30,000 orang di Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: