Terowong berahi tumpuan remaja

HARIAN METRO – SERDANG: Mengaibkan apabila laluan pejalan kaki berhampiran sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, mendapat jolokan ‘terowong berahi’ apabila ia menjadi lokasi golongan remaja berasmara sambil melakukan adegan ‘ringan-ringan’ melampau.

Terowong yang dianggarkan sepanjang lebih 100 meter itu digemari pasangan kekasih untuk melakukan ‘projek’ berikutan suasananya suram selain jauh daripada pandangan pengunjung pusat beli-belah berkenaan.

Lebih menjijikkan apabila ada pasangan remaja terbabit tidak segan silu berpelukan dan berkucupan dalam terowong terbabit yang bersebelahan terusan air menuju sebuah tasik.

Seorang pengunjung pusat beli-belah, Mohamed Faizal Mohd Noor, 38, berkata kegiatan yang dianggap tidak senonoh itu dikesan ketika dia menaiki sebuah bot rekreasi yang disediakan khusus untuk pelancong.

Dia yang menaiki bot berkenaan bersama isteri dan dua anak berusia lima dan tujuh tahun pada jam 6.30 petang Ahad lalu, mendakwa teruja menyusuri kawasan tasik di selatan pusat beli-belah itu.

“Sebaik bot berkenaan bergerak memasuki terowong terbabit, anak perempuan saya yang berusia tujuh tahun tiba-tiba berkata ‘ada orang tengah cium mulut kat situ’.

“Saya dan isteri lantas memandang ke arah laluan pejalan kaki di tepi terowong berkenaan dan melihat beberapa pasangan kekasih sedang duduk bercengkerama tanpa menghiraukan penumpang bot yang memandang,” katanya.

Menurutnya, ada pasangan memangku kepala kekasihnya di riba selain ada pula asyik memeluk pinggang pasangan.

Menurutnya, ketika itu dia dapat melihat dengan jelas seorang lelaki berusia 20-an mendakap erat kekasihnya sambil membelai rambut gadis yang longlai dalam pelukan.

“Aksi tidak senonoh itu amat memalukan berikutan beberapa pelancong warga Arab dalam bot turut menonton perlakuan tidak senonoh anak tempatan yang secara berani menunjukkan aksi panas.

“Saya yang berasakan perbuatan golongan remaja itu keterlaluan dan sempat merakamkan beberapa aksi menggunakan kamera telefon bimbit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: