Kesan harga naik, penggunaan bahan api susut 10 peratus

mSTAR – KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan petrol dan diesel telah menurun kira-kira 10 peratus dalam tempoh tiga minggu pertama sejak kerajaan menaikkan harga bahan api awal bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Tenaga Malaysia, Dr. Anuar Abdul Rahman berkata, penurunan yang telah dijangkakan itu direkodkan dari 5 hingga 22 Jun lalu.

“Walaupun dari segi (peratusan) kadar penggunaan menurun, tetapi dari segi nilai kewangan masih sama (menggunakan harga baru yang tinggi… misalnya jika dulu (sebelum kenaikan harga) pengguna boleh memperoleh 15 liter bagi setiap RM30, kini nilai wang yang sama mereka hanya peroleh dalam lingkungan 11 liter,” kata beliau sambil merujuk kepada penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat yang semakin meningkat.

Laporan The Star baru-baru ini menyebut kadar pergerakan kenderaan juga menurun ‘dalam jumlah ketara’ pada dua minggu pertama selepas kenaikan harga minyak.

Anuar menyatakan demikian ketika mengambil bahagian dalam Dialog Meja Bulat Dewan Masyarakat Pra-Belanjawan 2009 di Menara Dewan Bahasa di sini, malam tadi.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan maklumat sebenar kadar penggunaan bahan api.

Berkuat kuasa 5 Jun lalu, harga petrol dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter.

Berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jumlah subsidi bahan api termasuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan tahun ini bernilai RM10.25 bilion iaitu lebih tinggi berbanding jumlah subsidi bahan api untuk sepanjang tahun lepas sebanyak RM8.77 bilion.

Kata beliau, mengikut pecahan jumlah subsidi bagi petrol enam bulan tahun ini ialah sebanyak RM4.006 bilion, diesel RM5.056 bilion dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM1.1188 bilion.

“Ini adalah akibat peningkatan harga minyak dunia yang mendadak. Adalah dijangkakan apabila harga mentah minyak dunia meningkat kepada USD140 setong, subsidi negara akan meningkat kepada RM30 bilion setahun,” katanya.

Mengenai kesan penurunan penggunaan bahan api sejak kenaikan harga itu, Anuar berkata, di pihak kerajaan ia merupakan satu perkembangan yang memanfaatkan kerana boleh mengurangkan subsidi yang diperuntukkan.

“Mungkin bagi golongan peniaga (pengendali stesen minyak), ia mengurangkan pendapatan mereka sebab kuantiti yang dijual menurun,” kata beliau dan menambah, jika ada lebihan bekalan, industri boleh mengeksportnya ke luar negara.

Dialog itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Salleh Abdul Majid.

Anggota panel yang lain terdiri daripada Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir; Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk David Chua; Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor, Ramesh Kodammal dan Ahli Majlis Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Mazlan Che Mat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: