Debat Anwar VS Shabery: Jadi ke tak jadi ?….tunggu di televisyen anda jam 9 malam ni

AGENDA DAILY – 2.30 PETANG – Polis telah meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi keterangan kes dakwaan liwat jam di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) jam 2 petang esok (Rabu).Peguamnya Sankara Nair kata Anwar setuju.

Sebelum itu Sankara beritahu satu sidang media bahawa Anwar akan ke IPPKL jam 10.30 pagi Khamis.

Tidak lama kemudian beliau menerima panggilan telefon dari pihak polis supaya ke IPPKL pagi esok.

Sementara itu pagi tadi,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beritahu Anwar akan hadir pada debat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek di Dewan Bahasa dan Pustaka jam 9 malam ini.

11.30 PAGI SELASA – Sehingga masuk jam kerja pagi tadi sampai sekarang Agendadaily terus menerima panggilan telefon dan SMS dan rakan para wartawan serta orang politik bertanya pasal debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Juga semakin ramai yang meminta kad jemputan untuk melihat sendiri debat itu.

Semuanya ingin tahu jadi ke tak jadi?

Kami yang merancang takdir yang menentukan.

Kedua-dua pihak sudah memberi persetujuan.Keraguan itu memang tidak dapat dielakan berikutan perkembangan kes dakwaan liwat keatas Anwar kerana beliau tidak hadir beri keterangan polis petang Isnin.

Sehingga perhubungan terakhir kami dengan perantara Anwar iaitu Ahli Parlimen Machang,Saifuddin Nasution yang juga Pengarah Strategik PKR lewat malam tadi…katanya ia tetap on .

Semua persiapan sudah tersusun rapi bagi debat ala Presidential Debate Presiden Amerika itu yang dijadual disiarkan secara langsung serentak oleh TV9,Astro Awani dan Bernama TV tepat jam 9 malam ini.

Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Radio 24 (93.9 fm).Pada jam 11 malam ini juga TV3 akan siar semula debat selama satu jam dibawah tajuk “ Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”.

Satu negara sedang menunggu untuk melihat pendebat pihak kerajaan dan pihak pembangkang menegakkan pendirian masing-masing.

Pandang dengar dan buatlah penilaian sendiri.

Tidak ada suntingan dan tidak ada skrip…semuanya secara ‘ live’.Malah sehingga berita ini ditulis Agendadaily sendiri tidak tahu siapa ahli penal yang akan dibawa sendiri oleh Anwar dan begitu juga Shabery yang akan bertanya soalan.

Secara umum ada yang melihat debat ini adalah antara Anwar yang terkenal sebagai pemidato yang memukau dan Shabery yang baru empat bulan menyertai kabinet.

Ahli Parlimen Kemaman yang cool ini pernah memukau Perhimpunan Agong UMNO dengan perbahasannya yang menarik.

Apakah beliau mampu bersilat dengan Anwar mempertahankan keputusan kerajaan naikkan harga minyak hingga RM2.70 sekarang sedangkan Penasihat PKR itu kata mampu turunkan harga itu jika berkuasa.

Ini satu tandatanya yang masih berlegar dan bakal terjawab jam 9 malam nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: