Bantah ‘campur tangan’ politik di IPT

MALAYSIAKINI – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menulis surat kepada menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran dan naib canselor institusi pengajian tinggi (IPT) mendesak supaya pilihanraya kampus selepas ini bebas daripada “campur tangan keterlaluan” politik kepartian.

Presiden persatuan itu Hilmi Ramli berharap menteri pelajaran dan timbalannya serta naib canselor universiti masing-masing dapat memainkan peranan mereka memastikan pilihanraya kali ini bebas daripada sebarang gangguan.

“Kita mahu kampus bebas daripada gangguan-gangguan yang tidak dikehendaki,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, dalam pemilihan tahun-tahun lalu, terdapat parti-parti politik terlibat dalam proses pemilihan barisan pemimpin mahasiswa.

Surat desakan itu akan dihantar bulan depan menjelang pilihanraya kampus, kata Hilmi.

Dua minggu sebelum pilihanraya kampus tahun lalu, kira-kira 200 pelajar universiti berhimpun mengadakan bantahan di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan memorandum kepada timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Manakala Najib dan beberapa menteri pula mengadakan perjumpaan tertutup dengan 300 pelajar di bangunan tersebut untuk membincang isu-isu yang berkaitan dengan pelajar.

Calon pro-kerajaan yang disokong oleh pihak berkuasa universiti menang besar dalam pilihanraya kampus di hampir semua universiti, selepas penamaan calon ditutup, berikutan tindakan kumpulan anti-establishment memulaukan pilihanraya.

Dalam pilihanraya tahun lalu juga, pemulauan itu membolehkan calon kumpulan Aspirasi kerajaan menguasai semula Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mereka turut menguasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ia berlaku di lima universiti utama – Universiti Putra Malaysia (UPM), USM, UIA, UTM dan UPSI – kerana pemilihan didakwa tidak dijalankan secara bebas dan adil.

Ekoran itu, lapan rakan mahasiswa dari Universiti Malaya (UM), UPM dan USM, dilaporkan telah dikenakan tindakan disiplin mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pelbagai peraturan universiti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: