‘Anwar bukan anak istimewa’

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukanlah seorang yang istimewa sehingga perlu diberi layanan khas dan terkecuali daripada tindakan undang-undang.

“Yang sebenarnya Anwar ini diberikan banyak peluang, kerana laporannya itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) dan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) sudah membuat kenyataan di Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Takkanlah Anwar mesti menjadi anak istimewa terkecuali daripada peraturan dan undang-undang…tidak boleh,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kegagalan Anwar hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam walaupun sudah berjanji datang pada jam 2 petang untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat pembantunya.

Syed Hamid berkata, Anwar sewajarnya memberi keterangan kerana polis sehingga kini hanya mempunyai laporan sebelah pihak iaitu daripada pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, berikutan kegagalan Anwar untuk datang memberikan keterangan, polis akan mengambil tindakan susulan kerana ia membabitkan tuduhan jenayah.

“Kita suruh dia datang semalam (kelmarin), (tetapi) peguam dia kata akan datang hari ini (semalam). Okey, dia minta datang dalam jam 2.30 petang atau 3 petang, kita setuju tetapi bila kata okey, dia tidak juga datang.

“Disebabkan dia (Anwar) tak datang, kita akan ambil tindakan susulan pasal kes ini membabitkan tuduhan jenayah, semua orang tanpa mengira siapa yang melakukan jenayah akan tertakluk kepada undang-undang,” katanya.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata selain Anwar, polis sehingga kini sudah memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan berhubung kes liwat itu.

Pada 28 Jun lalu, bekas pembantu khas Anwar, Mohd Saiful, 23, membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers, di sini mendakwa diliwat Anwar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, mengumumkan pilihan diberikan kepada Anwar berikutan kegagalannya hadir memberi keterangan kepada polis, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pilihan berkenaan, sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan wartawan yang mengemukakan soalan mengenainya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), jam 3 petang semalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: