Peralihan kuasa PM-Najib ‘sukar diramal’

MALAYSIAKINI – Kejayaan proses peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dua tahun lagi sukar diramal kerana baik atau buruk keputusan itu akan dinilai oleh rakyat sepanjang tempoh berkenaan, kata naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, katanya, keputusan sudah ditentukan oleh Abdullah dan ini perlu diterima oleh semua orang, “sama ada setuju atau tidak.”

“Saya sudah menyuarakan pandangan saya, kalau itu sudah menjadi keputusan parti, saya terima tapi (penjelasan) rasionalnya kita perlu buat, supaya rakyat faham akan keputusan itu.

“Menjadi tangungjawab kerajaan untuk menjelaskan rasa kurang yakin rakyat dengan pelan (peralihan kuasa) itu,” katanya, lapor Bernama hari ini.

Ketika diminta mengulas pengumuman oleh Abdullah mengenai peralihan kuasa itu yang akan berkuatkuasa pada Jun 2010, Muhyiddin berkata:

“Saya rasa ada perkara lain perlu diuruskan, saya tidak pernah rasa kecewa, masih OK.”

Mengenai jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan parti Disember depan, beliau berkata:

“Saya bercakap soal lebih besar dari soal jawatan, soal masa depan Melayu, Umno dan isu-isu lain yang lebih penting.”

Muhyiddin mengulangi gesaannya agar sistem kuota untuk melayakkan seseorang bertanding dalam pemilihan parti tidak diteruskan kerana ia boleh menggalakkan amalan rasuah.

“Bukan hal saya hendak bertanding tetapi prinsip hak untuk ahli itu sepatutnya dipulihkan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: