Pemuda Umno gesa ‘budaya liar asing’ dikekang

MALAYSIAKINI – Pemuda Umno mahu ‘budaya liar asing’ yang merujuk kepada demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekang sebelum menimbulkan suasana huru-hara.

hishammuddin hussein 03Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbarnya malam ini, berkata perkara itu bakal menjadi satu lagi helah besar Anwar untuk mengalih tumpuan ramai dari kes liwatnya yang sedang disiasat oleh pihak polis.

“Saya menyeru kepadanya (Anwar), cukuplah dengan sandiwara ini, janganlah memperalatkan rakyat yang tidak berdosa untuk memenuhi agenda peribadinya,” katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan serta sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai.

Hishamuddin berkata Pemuda Umno telah sepakat dengan anggota-anggota exco dalam perkara ini untuk bersatu-padu bagi menggerakkan anggotanya di semua peringkat akar umbi bagi menangani isu tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: