PAS alukan ketua polis wanita

MALAYSIAKINI – Dewan Muslimat mengalu-alukan pelantikan Datuk Robiah Abdul Ghani sebagai ketua polis Pahang pada September dan menganggapnya “suatu penghormatan dan pengiktirafan terhadap kaum Hawa yang selama ini banyak menyumbang khidmat cemerlang dalam pasukan polis.”

“Menjadi harapan Dewan Muslimat agar dengan kehadiran beliau di peringkat ‘pembuat keputusan’ itu akan mampu memastikan terpeliharanya maruah dan penghormatan golongan wanita khususnya mereka yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap mana-mana kes yang melibatkan tugas pihak polis,” kata setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi hari ini.

Pelantikan Robiah, sebelum ini timbalan ketua polis negeri itu, yang pertama dalam sejarah Malaysia.

“Dewan Muslimat turut meyakini jika sekiranya anggota dan pegawai polis wanita di semua peringkat mengambil iktibar daripada kejadian malang ini sudah tentu nasib dan maruah kaum wanita di Malaysia akan lebih terjamin serta  dipelihara,” tambah Aiman Athirah.

Dewan itu juga berharap pelantikan Robiah mendorong pasukan polis lebih peka terhadap kejadian malang yang menimpa kepada golongan wanita dan kanak-kanak dalam negara ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: