Nik Aziz: Sambut baik Kementerian Pelajaran daftar semua SAR di Kelantan

mSTAR- KOTA BAHARU: Langkah mendaftar semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kelantan dengan Kementerian Pelajaran akan memberi manfaat kepada banyak pihak, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kerajaan negeri menyambut baik kesudian kementerian yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebelum ini.

“Saya setuju semua SAR di bawah kelolaan YIK didaftar dengan kementerian kerana sekolah-sekolah itu akan menikmati pelbagai kemudahan dan peruntukan seperti sekolah di bawah kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bangunan Kumpulan Sukimi di sini, hari ini.

Majlis perasmian bangunan milik Sukimi (M) Sdn Bhd itu disempurnakan oleh Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri bersetuju supaya SAR didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran setelah beberapa syarat yang diminta oleh YIK diterima oleh kementerian.

Mohd Amar berkata antara tuntutan YIK yang dipersetujui oleh kementerian ialah mengekalkan kurikulum yang dikeluarkan YIK yang berteraskan pendidikan Islam dan pendidikan akademik serta melatih guruguru mengikuti latihan perguruan di pusat pengajian tinggi berdasarkan kepada kelayakan guruguru tersebut. BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: