Musa akan saman Anwar

MALAYSIAKINI – Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan menfailkan saman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa memanipulasikan maklumat yang boleh mencemarkan reputasinya sebagai Ketua Polis Negara.

“Saya akan memfailkan saman terhadap dia (Anwar) melalui peguam saya, Kamarul Hishamaad dan Hasnol Rezua.

“Itu adalah hak saya sama ada nak saman dia (Anwar) atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

musa hassanMusa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang memetik ‘sumber’ bahawa Musa memberi kata dua kepada Anwar sama ada beliau memohon maaf dalam tempoh 40 jam atau berdepan dengan saman berjumlah RM5 juta.

Menurut laporan akhbar itu lagi, Musa turut menyerahkan surat peguam bertarikh 11 Julai 2008 yang menafikan beliau telah menyebabkan kecederaan pada mata Anwar ketika beliau menjadi pegawai penyiasat dakwaan kes liwat Anwar pada tahun 1998.

Ditanya sama ada beliau ada menerima jawapan permohonan maaf secara lisan atau bertulis dari Anwar, beliau berkata: “Saya tidak menerima apa-apa maklumat dari peguam saya berhubung perkara ini.”

Musa berkata segala hal-hal berkaitan kes berkenaan telah diserahkan kepada peguamnya.

Pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berhubung dakwaan pemalsuan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, 10 tahun lalu.

Laporan polis itu turut mengaitkan Musa, yang ketika itu pegawai penyiasat kes terbabit, dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang pada masa itu Timbalan Pendakwa Raya Kanan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: