Dr Asri: Program sirah TV3 ‘karut’

MALAYSIAKINI – Program sejarah nabi yang disiarkan TV3 “dibaluti kekarutan”, dakwa mufti Perlis hari ini – meneruskan sikap beraninya menegur secara terbuka pihak-pihak yang dianggapnya tidak menepati ajaran Islam.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau telah menerima beberapa aduan berhubung kandungan program Hidayah di stesen televisyen swasta itu tetapi enggan mengulas kerana tidak pernah menontonnya.

“Ternyata apa yang menjadi kegusaran banyak pihak itu benar. Ustazah berkenaan telah menceritakan tentang nabi Isa tanpa berdasarkan sumber-sumber yang sahih.

“Bahkan kisah itu dibaluti dengan kekarutan yang amat sangat,” katanya, mengulas slot sirah dalam program itu yang ditontonnya semalam.

Program itu disiarkan semalam selama setengah jam mulai 6.30 pagi.

Menurut Mohd Asri di blognya hari ini, penceramah menyatakan bahawa ibu baginda rasul Maryam wafat sebelum nabi itu dan “mengemukakan kisah yang tiada sumber yang sah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.”

“Bahkan (kisah itu) bertentangan juga dengan Bible,” katanya.

“Kemungkinan besar beliau mengutip kisah ini daripada laman web Syiah sempena perayaan ‘mengingati kewafatan Maryam’ yang diraikan oleh Syiah Imamiyyah,” kata mufti muda itu, seorang lulusan dalam bidang pengajian hadis.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: