Anwar nafi terbabit dalam perhimpunan

MALAYSIAKINI – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen esok.

“Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini),” katanya.

anwar ibrahim 02 060207Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang.

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan esok adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.

“Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Perintah mahkamah

Beliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.

Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai ‘Ops Padam’ di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok.

Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.

Difahamkan perhimpunan esok yang dianjurkan oleh pihak tertentu bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: